sang emOs sekalian hihihi

Sunday, March 14, 2010

TipS MemBerUs GEgE

aku selalu diingatkan tuk memberus gigi sebelUm tdo..xkire la kawan ym aku o sape2 jerla kan..ish..nape eyh?mulut aku busuk ker??aiyak..geli plak aku wat statement camtu kan..abiz jatuh saham aku..hehe xderla,bende tu memang wajib pOn kan untuk kebersihan diri n juge kesihatan gigi kite..tambahan pula,barula owang suke bercakap ngan kite n nak dekat ngan kiter..kalu gigi kite rOsak o mulut berbau misti kawan kite da lari 10000 batu jauh dari kiter kan kan kan? kat sini aderla tIps memberus gigi yang kite leh amalkan..mane tau,lepas ikut tips ni gigi kiter bersinar2 lagi pUtih,siap ader shining star lagi tu hihi..

 Tips Memberus Gigi
(sumber dari ruangan KESIHATAN, MINGGUAN MALAYSIA 9 OGOS 2009)
Terdapat sembilan tips memberus gigi dengan betul yang boleh kita praktikkan di rumah..Let's check it Out!!
  • · Memberus gigi setiap kali selepas makan
  • · Memberus gigi setiap pagi dan waktu malam sebelum masuk tidur
  • · Memberus gigi pada sudut 45 darjah. Sentiasa meletakkan berus gigi di pangkal leher gigi dan gusi. Gunakan cara memberus secara bulatan ke atas dan ke bawah dan mengurut gusi pada masa yang sama
  • · Tidak memberus gigi secara kasar kerana ia boleh menyebabkan penghakisan gigi dan keradangan gusi akibat cara pembersihan yang salah dan kasar
  • · Bersihkan setiap permukaan, pipi, lidah dan gigi.
  • · Ambil masa secukupnya untuk memberus gigi. Secara purata, pembersihan gigi yang baik mengambil masa sekitar dua minit.
  • · Sentiasa menukar cara memberus gigi kerana melakukan cara yang sama mungkin boleh meninggalkan kawasan kotor secara tidak sengaja.
  • · Pemilihan terhadap berus gigi yang betul: berus lembut silang pangkah yang bulat. Berus gigi yang baik untuk digunakan seharusnya membolehkan anda mencapai gigi yang paling belakang dalam mulut.
  • · Kerap menukar berus gigi, seeloknya tiap-tiap tiga atau empat bulan
RENUNG-RENUNGKAN n SELAMAT BERAMAL!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...